JellyPages.com
Hai , Aina Here , Hope U All Enjoy Baca Blog Aina Yg Tak Seberapa , ENJOY !

Tuesday 17 December 2013

Naik harga . :)

Assalamualaikum guys . Hmm , dah lama dah tak update blog ni . Dah berhabuk dah ni .Fuhh,fuhh *tiup habuk*.Okay,back to the story.Okay,sekarang ni,orang tengah kecoh pasal kes naik harga.So,aina nak nyatakan pendapat aina . Okay,perlu ke korang kecoh pasal ni ? Minyak , gula , and else aik harga berapa sen je pun.Tu pun nak bising ? Habis tu , harga astro naik kenapa korang tak nak pertikaikan pulak pasal ni ? Hurmm ? Harga astro naik tak pe , jngan harga minyak gula dan lain-lain?Sayang,astro tu bukan satu keperluan hidup kita tau!Tapi,kenapa kita sanggup nak bayar ia sampai beratus-ratus walaupun astro tu naik harga . Ada kita bising ? Hurmm ? Minyak,gula,dan lain-lain tu yang just naik beberapa sen tu,korang bising.Korang merungut lah apa lah . Kalau tak boleh terima harga minyak naik , lain kali jangan nak kereta or motor lebih baik naik basikal.Senang kan ? Kalau tak boleh terima harga gula naik , tak payah lah beli gula.Baik untuk kesihatan jugak kan? Tapi , korang kalau tak beli gula , " Nanti tak sedaplah" Apalah , itulah , ini lah . Kalau macam tu lebih baik tak payah hidup. Aina bukan nak judge korang ke apa,tapi cuba korang fikir . Kalau kita tak boleh terima semua bende dalam hidup kita pun susah jugak kan ? Hmm , lagi satu.Kita kene bersyukur tau , sebab minyak , gula negara kita ni kerajaan yang tolong bayar kan . Cuba korng tengok negara lain . Kerajaan diaorang mana nak tolong bayar kan harga gula dan minyak diaorang yang berjuta-juta tu . Lagi-lagi orang thailand yang miskin tu . Diaorang mana ada duit nak bayar semua tu , sampai diaorang sanggup pergi Kelantan untuk ambik minyak , isi sampai penuh and masuk balik negar diaorang.Korang nak macam tu ? Nak ? Tak nak kan ? So,bersyukur dengan apa yang kita ada . Bersyukur lah sebab kerajaan sudi membantu kita . Okay ? Sampai sini je dulu . Esok,aina update lagi okay? Bubbye , Assalamualaikum . P/S : Sorry kalau bahasa yang aina gunakan itu mengguris hati korang semua . Maafkan aina eh ? :)

Sunday 10 November 2013

Sedih :')

Assalamualaikum korang . :'). Sihat ? Hmm .. Mesti korang tertanya - tanya kan kenapa aina sedih ? Hmm , aina nak luahkan tapi tak de siapa yang sudi mendengar

 Hmm .. Korang nak dengar tak ? Meh sini aina nak cerita .. Macam ni , ada satu hari tu ( 20.9.2013) , aina demam .. Then aina betul - betul nak balik .. (aina duduk asrama ) . Aina susah nak demam , and sekali , kalau aina dah demam aina nak ibu aina yang jaga .

Petang tu aina memang dah tak larat sangat . Aina pun tak tahu kenapa suhu badan aina turun naik , turun naik . Aina suruh inang temankan aina dekt bilik sakit . Aina cakap cakap dengan cikgu Ruzi yang aina nak balik . Tapi , cikgu tak kasi . Ain rasa nak menangis je waktu tu .. Hurmm ..

 Inang :  'Apasal kau nak balik ? Penting sangat ke sampai kau nak balik ? ' sambil buat muka yang menyampah dengan aina ..

 Aina :  .. ' Aku nak balik , aku nak mak aku yang jaga aku ' .

Inang : ' aku demam tak balik pun , nurul demam tak balik pun , yang kau tergedik nak balik ni apsal ??'


Aina tak jawab apa-apa . aina menangis dan menangis . Inang ' dah lah weyh , tido lah ' . Aina baring je dekat bilik sakit tu . Aina tak boleh tidur . Inang yang lebih tidur daripada aku .. Haih .. Then , lepas tu aku kejut dia , aku suruh dia temankan aku jumpa teacher Azlin . Dia merungut . Tak ikhlas nak temankan aku . Lepas jumpa teacher , techer call ibu . Lepas tu teacher cakap ibu suruh balik .

Inang :  'puas lah hati kau dapat balik ??!!

 ' Aku senyap je lah .. Then aku pun jalan masuk dorm .. Aku ambik beg dalam loker dorm .. Then , aku duduk atas katil .

Inang :  ' asal tak kemas barang lagi ? Tadi gedik sangat nak balik kan ??!! '

Aku pun kemas barang aku .. Lepas kemas barang tu , aku 'tertidur' dekat atas katil . Then inang datang sembang dengan kak hanan ..

 inang : Panas sangat ke badan dia kakak hanan ??

 kak hanan : *sambil pegang tangan aku * boleh lah .

 Inang : Dia tu mengada je tu .. Demam sikit je pun dah gedik nak balik .

 Kak hanan : Biarlah dia .

 Inang : Kak hanan tahu tak kenapa dia nak balik ? Sebab nak mak dia jaga .. Nak harapkan mak dia tu ?? TAk terjaga lah dia.

 Kak hanan : Betul tu . tahu tak haritu , kita pergi rumah dia , kakak dia duduk terbongkang depan tv . Bla , bla , bla . *dalam hati aku* korang tak tahu apa yang kakak aku buat then terus cakap maca tu ??

 Inang : Ayah dia tu , bukannya mampu nak bawak dia pergi luar negara . Setakat indonesia dengan sabah apalah sangat . Kita yang sederhana ni pun dapat pergi neww zealand . * Bapak aku datuk lah .. Abah bawak aku lambat sebab dia tak nak kitorang satu family terkejut dengan dunia luar .. Kau tu yang batak sangat pergi new zealand . Bajet kaya je lebih *

 Inang : Ayah dia tu kata nak tolong bayar kan yuran asrama kita la apalah . Tapi tak bayar - bayar jugak . Kena buat surat lah bagai . Kalau nak bayarkan tu bayar je lah banyak cakap pulak . *ayah aku suruh kau buat surat sebab ayah aku orang politik . Orang akan pertikaikan kemana perginya duit ayah aku lah sengal . Kau tak payah nak poyo sangat boleh tak ? Yuran asrama tahun lepas pun kau tak habis bayar lagi .bajet kaya je .* Inang , kau tolong lah sedar sikit diri kau , kau cakap kau tak batak nak duit ayah aku kan ? Tapi asal kau pinjam duit aku jugak ? Duit aku tu , ayah aku yang bagi .. Kata nak bayar , sampai sekarang kau tak bayar lagi . Lepas tu main ambik je duit aku kan ? Kau koyakkan novel 'Cinta Kontrak' aku , aku senyap .. Aku tak ' marah ' . Kalau aku suruh kau ganti pun bukannya kau mampu .. Kau sedar sikit diri kau tu , kau tu anak pungut je . Kalau ayah kau tak kutip kau , kau tak jadi macam ni .. So , tak payah nak poyo sangat eh ?

Kau dengan kak hanan ingat aku tak dengar apa yang korang cakap , tapi aku dengar semua nya . Sebelum balik tu , nak je aku cakap ' thanks sebab kutuk family aku ' tapi aku tak sanggup ..

Aku takut kau kecil hati .. Aku tak nak semua tu berlaku .. Tapi , kau ada fikir perasaan aku ? Sebab kan aku tengah 'tidur' je kau kutuk aku ? Sungguh kawan yang tak setia lah kau ni .. Aku sanggup jaga perasaan kau . Aku tak penah kutuk kau belakang aku , aku puji kau belakang aku lagi ada .. Tapi kau ?? Hmm , maybe dah nasib hidup aku kan dapat kawan yang Berlagak macam kau !! Aku dah banyak bersabar dengan kau . Aku harap sabar aku membuahkan hasil .. Bubbye , Assalamualaikum .. P/S : ** (kata hati aina ) :')

Sunday 13 October 2013

New Friend ! :D

Assalamualaikum semua .. Okay , harini , aina nak cerita dekat korang semua pasal kawan baru aina . Hmm , aina baru kenal dia semalam . Dia memang baik . Dia mintak aina tolong bimbing dia . Sebab dia cakap pendosa and else . Aina tak suka dengar orang cakap macam tu . Hmm , sebenarnya semua manusia tak sempurna semua manusia pernah buat dosa kan ? Hmm , InsyaAllah aina akan tolong dia . Okay , lah sampai sini je dahulu . Bubbye . Assalamualaikum . :) P/s untuk awak : Kalau nak pertolongan , cakap dengan saya okay ? InsyaAllah , i will help you . :)

Monday 7 October 2013

FUNNAH

Assalamualaikum korang and Hye ... :) 

Okay , dah lama aina tak update blog kan ? Dah berhabuk dah kesayangan aina ni .. Fuhh *tiup habuk* haha .. Okay , okay .. Sudah cukup cukup sudah .. *nyanyi . Haha .. Okay , okay .. Back too the story .. 

Korang mesti tertanya-tanya kan apa maksud FUNNAH ? Macam-macam kan aina ni kejap K.I.T.A lah kejap FUNNAH lah . Haha .. Sebenarnya , Aina jumpa FUNNAH dulu baru KITA . 

Sebenarnya , FUNNAH ni dulu hanya lah FUNN tapi sekarang kitorang tambah AH .. Hmm , nak tahu apa maksud FUNNAH ? Jom kita zoom inn . Haha .. 

F - Fatihah
U - Umairah 
N - Najiha
N - Nadiah (me) 
A - Adam 
H - Hawa . 

Okay , sebenar nya , Adam dan Hawa tu , adik fatihah .. Hmm , disebabkan aina sayang gila dengan diaorang , aina masukkan nama diaorang sekali dekat dalam group ni ... Hmm , antara Hawa dengan Adam , aina lagi rapat dengan Hawa . HAwa manja sangat dengan aina . I really miss her . :'( Bila lah kita boleh jumpa lagi kan Hawa ? By the way , Adam and Hawa , ni kembar .. Comell sangat ! Diaorang ni baru baby lagi .. Nak tengok gambar diaorang tak ? Serius nak ? Betul ? Okay cantik !!! 



 Ni Adam Muqriz . Hye , korang , comel tak saya ? Haha
Ni pulak Hawa Insyirah . Hye awak semua , apa khabar ? Sihat ? Comel tak saya ? Hehe . 

Okay lah korang sampai sini sahaja .. Semoga kita jumpa lagi di lain hari . Okay ? Bubye korang . Love you !! 

P/S : I really , really , really miss you Hawa Insyirah Bt Zaidi .. Bye . :* Muahhh !! 

Saturday 14 September 2013

KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan hye semua .. 

Hmm , kehidupan ? Aina tak pernah rasa apa itu kehidupan yang sebenar .. Even , aina ni orang yang agak berada .. But .. Entah . Aina tak pernah rasa erti kehidupan yang sebenar . Bagi aina , tak guna kalau rumah besar tapi tak de kebahagiaan .. Mungkin semua orang cakap aina untung sebab ada rumah besar , kereta mahal .. Tapi , bagi aina tak . Sebab even ada rumah besar , kereta mahal .. tapi , tak de kebahagiaan dalam keluarga tak de baik tak payah kan ? Maybe salah aina jugak .. Setiap kali balik rumah asyik memerap je dalam bilik . And kalau aina duduk dekat hall tengok tv , my little brother selalu cari pasal and everyone always blame me !! This is not fair for me !! But , I have to remain patient . 

Cuba lah korang bayangkan eh .. Aina nak beli pemadam RM0.30 sen pun ibu tak kasi .. But , when my little brother want something .. My family cuba untuk dapatkan bende yang dia nak tu sekarang jugak . Hurm .. Aina tak salah kan diaorang , maybe salah aina jugak .. Siapa suruh tak rapat dengan diaorang kan ? Hurm .... Sampai sini je lah dulu .. Malas nak fikir pasal bende lain . :') 

Bubbye Assalamualaikum . :) 

Wednesday 14 August 2013

Orang yang Aina paling sayang

Assalamualaikum , hye semua .. 

Okay , hari ni aina nak cerita tentang orang yang ana sayang selain family aina .. Nak tahu siapa ? Betul ? Serius ? Okay , ni yang sayang korang lebih ni . Eh , eh . Hahahaa . :* 


Okay , yang pertama nama dia Amirah 'Aina Solehah Bt Zainon. Dia ni my lovely cousin . =) Dia form 4 .. Dia stay dekat Bandar Tasik Kesuma , Beranang . =D . Dia suka warna biru . Dia suka makan and minum apa tu tak tahu lah pulak . Hehe . Dia cantik ... 


 
Ni dia . Comel kan .. Dia yang mana satu ? Yang tudung kuning tu lah . Haiyaaa .. 

Okay then , Kak farsya and kak Farizah  . Nama diaorang Farra Farsya , Nur farizah   . Dia ni form 4 jugak . Nak tau macam mana aina  kenal Diaorang ? Hmm , macam ni cerita nya .. Ada suatu hari tu , solehah ni dia buat open house kot kalau tak silap . Then , terjumpa dengan diaorang .. Diaorang ni , kiranya best friend solehah ni lah .. Dari situ lah aku kenal diaorang .. Dah lama dah tak jumpa diorang . Rindu sangat - sangat . =D 


Hah ! Ni lah diaorang . Yang pakai spec tu Kak farsya . Yang kecik molek tu kak Farizah . =D Sayang korang :* 

Okay seterusnya , kak aten ! Nama dia Fatin Nor Aqilah . Dia ni kakak angkat kepada solehah ni ... Hehe .. aina kenal dia pun secara tak sengaja je . Then , kitorang rapat untill sekarang .. 


Nie dia . Comel kan ? Kak aten memang comel pun .. Sayang dia :* 

Okay , diaorang semua ni sporting, gila- gila , penyayang , and sweet .. Haha . Aina dah anggap diaorang ni , macam kakak aina sendiri je . By the way aina sayang diaorang sangat x 10000000000000000000000 :* From me . =D 

Bubbye , sampai sini sahaja dulu entry kita kali ni . Assalamualaikum .. 

JAGA DIRI , 
JAGA MARUAH , 
JAGA IMAN . =) 

Saturday 20 July 2013

Bicara Akademik

Hye korang , Assalamualaikum .... 

Ni , aku nak cerita sikit dekat korang ni ... Pagi semalam , sekolah aku ada buat Bicara Akademik untuk budak form 1 & form 2 . Pagi - pagi tu , berkumpul kat sekolah macam biasa .. Dah habis nyanyi lagu NegaraKu . Kitorang semua naik kelas ... Lupa nak bagitau hari Sabtu sekolah ganti .. Ibu kata nak datang pukul 9 .. Tapi tak datang - datang jugak .. Then , aku dengan Inang turun bawah .. Inang call ayah dia .. Aku call ibu aku .. Bila aku call , ibu marah - marah ... Entah kenapa , aku terus je nangis waktu tu .. Nangis tak berhenti wo !!! Nak gelak pulak bila ingat kan balik ... Mula - mula Inang pujuk aku .. Aku biar je .. Lepas tu aku masuk kelas .. Aku nangis lagi .. Tak puas nangis dalam .. Aku keluar kelas then pergi dekat tangga terus nangis . Lepas dah reda sikit tu . Ustazah Syafa datang .. Dia tanya kenapa aku nangis .. Aku senyap and nangis balik .. Haha .. Lawak sangat bila ingatkan balik .. Then , a few minute later .. Ibu dengan abah sampai .. Ibu dengan abah nampak aku menangis , ibu tanya kenapa .. Aku geleng je ... Then aku terus masuk kelas .. Ibu dengan abah ikut dari belakang .. 

Ibu tunggu giliran nak jumpa cikgu .. Bila dah sampai turn ibu , cikgu kasi keputusan PBS tahun lepas .. *waktu aku form1 * Sebab .. Form 2 ni tak habis belajar lagi , kene tunggu akhir tahun baru boleh tau aku dapat Band berapa ... Ni adalah keputusan Band aku waktu form 1 .

AG - B5
BM - B5

BI - B3 
BA - B5 
SC - B3 
MATH - B5 
GEO - B5 
KH (ERT) - B6 
SEJ - B6 . 
PJK - T ak de band .. Bukan aku sorang je ea ? Satu kelas .. Cikgu kata cikgu dah masukkan tapi dia tak keluar nak buat macam mana .. Huhu ... 

Eh , eh .. Kira okay lah kan result aku ? Tak de lah teruk mana .... Kan , kan , kan ? Huhu ...by the way , aku nak kene teruskan usaha aku , untuk tahun dan sampai bila - bila ..

Haha , okay lah sampai sini sahaja dulu .. Assalamualaikum ... :)   

Sunday 14 July 2013

Gambar K.I.T.A

Hye assalamualaikum to all bloggers .. Hmm , ni lah gambar K.I.T.A tu ... Sorry tak bagi hari tu .. Lappy ada problem sikit .. Hehe .. Ni je lah yang mampu den bori .. Hehe .. Hope you guys enjoy this blog ...

Ni gambar kak hanan .. Kak hanan yang tengah tu .. Cantik kan dia ? Dia memang cantik pun ...... Dia ni , kalau dah gila , memang gila betul ... Kalau blik asrama , tak habis - habis dengan lagu GALAU dia tu .. HAhahahahahahahahaaha ..
Nie pulak nurul .. Nurul yang pakai tudung pink .. Dia comel , dia manja dengan aku .. Haha .. Dia tersangat lah comel .. Nak kenal dengan dia ?? Meh sini bagitau aku .. Aku kenen - kenen kan korang kat dia .. okay ? huhu .. Dia ni minat dekat cousin inang ..... Haha ... Tengah syok gila nak mati lah ni ... Mengalah kan orang mati suami .. Hahahahah ..... Kalau ada jodoh korang tak kemana ye dik ? Huhu ..

Ni pulak inang .. Cantik kan dia ? Dia memang cantik .. Huhu ... macam aku .. *perasan.. Huhu .... Waktu ni kitorang tengah bertukang untuk KH Si mangkuk ni sempat lagi posing ... Haha ... Dia ni memang suka bergambar .. Hantu gambar .. Seram je bunyi .. Eh , lupa pulak nak bagi tau .. Aku gelarkan dia Singa Betina nak tau kenapa ? Sebab , dia ni harap je badan kecik tapi kalau pukul orang memang berbisa .. Salah seorang mangsa pukul dia ni aku lah .. Kesian aku yang comel ni kene pukul dengan singa betina .... Nasib baik kene pukul je , kalau kene cakar , acane tu ? Tak ke parah namanya ....

Gambar aku ? Tak payah lah .... =P

By the way , ini lah kami , Budak Paling Memekak . Kalau salah seorang daripada kami tak de .. Memang tak lengkap ..

Empat sekawan gila - gila ,
Rambut tak sama tapi satu kepala ,
Tak sedarah tapi bersaudara ,
Sumpah untuk bersama - sama ,
Takkan terpisah ,
Biar Tsunami melanda pusing dunia berjanji setia ,
Takkan terpisah ,
Ibarat KL dengan trafik jam ,
Kami hebat ,
Macam budak hipsters dengan jeans ketat ,
Takkan koyak takkan terpisah .
Kami buddyz bersama selamanya ,
Kami riuh , kami gempak .
Ngam macam segi empat tepat ,
Suara berbeza pilihan sama ,
Fahami jiwa tanpa suara ,
Kami sembang , gaduh , sms , lepak , kutuk sebab kami muda sekali je ,
Bersama mencipta bergegar dunia ,
Kami bebas merantau merata-rata merayau - rayau,
Cari jati diri ,
Bersama selamanya ,
Kami buddyz , Kami takkan terpisah ..

Walau apa-apa pun aku sayang korang semua muah !! :* Sampai sini je .. Bubbye assalamualaikum .. :D

Friday 12 July 2013

K.I.T.A

Hye korang , assalamualaikum .. Meh sini aku nak story kat korang satu bende . Selama aku duduk asrama tahun ni , aku dapat kenal dengan seorang senior dengan seorang junior . dan seorang lagi kawan baik aku dari tahun lepas lagi .. So , ap kaitannya dengan K.I.T.A ? Hah ! Ni yang nak cerita ni ... 

(K) = Kak Hanan 
(I) = Inang 
(T) = Tirah 
(A) = Aina (aku ) 

Hmm .. kitorang memang rapat . Sangat - sangat rapat .. Boleh dikatakn macam adik beradik .. Aku dah anggap diorang ni macam adik - beradik aku sendiri . Aku sayang diorang sangat - sangat . Diorang memahami aku . Kitorang akan share masalah sama - sama . Tapi , selain diorang ada lagi seorang yang aku paling sayang . Nama dia Nur Fahimah Bt Rosli . Dia sekarang ni study dekat UIA aku sayang dia sangat - sangat .. Dia seorang yang sangat memahami aku . Aku akan cerita semua masalah aku dekat dia .. Dia pun dah banyak ubah diri aku . Thanks kak Fahiem . Rindu pulak kat dia .. Hmm .. 

Okay , now back to the story .. Hmm .. Meh sini aku nak kenalkan diorang dengan korang . 

Kita mula dari yang tua dulu .. Nama dia Hanan Bt Shukri . Umur dia 16 tahun .. Hmm , aku nak letak gambar dia . Tapi entah apa masalah laptop aku ni . Nanti , kalau dah boleh aku letak gambar diorang okay ? Huhu ..  Hmm , kak hanan ni baik . Dia ni boleh dikira kakak yang baik lah .. Banyak jugak nasihat yang dia dah bagi dekat aku .... Hmm .. Aku sayang dia .. 


Then , aku nak cerita pasal Inang . Inang ni BFF aku dari pada tahun lepas . Waktu , dia mula - mula masuk sekolah dulu , aku lah orang yang paling tak suka dengan dia .. Menyampah dengan perangai dia yang poyosss gilerhssss nak matissss tussss ,, Huhu ... Tapi sekarang , dia lah kawan aku dunia , akhirat .. Dia ni perangai dia gila - gila sikit . Dia ada suka sorang budak sekolah aku .. Budak tu form4 . Budak tu sekolah Bukit Jalil ..  Dia tumpang sekolah aku sebab sekolah dia dah penuh .. Hmm , dia ni budak memanah .. Tu je lah kot aku boleh bagi information tentang mamat memanah tu . 


Then , aku nak cerita pasal nurul . Nurul Athirah bt Zainal  nama dia . Dia ni form 1 . Dia ni tersangat lah manja dengan aku .. Aku dah anggap dia macam adik aku dah . Sebab aku tak ada adik perempuan . Aku sayang dia . Dia ni comel .. Hmm .. Ni je lah yang aku boleh bagitau pasal diorang kat korang .. 


Korang nak tau jugak ke nama aku ? Tak payah lah .. Huhu .. By the way  , Aku sayang sangat dekat K.I.T.A atau Budak Paling Memekak .. Itulah kami . Hmm , sampai di sini je .. Kalau ada apa - apa cerita baru , aku cerita kat korang okay .. Sayang korang . Muah !!! 


Tuesday 4 June 2013

Innoncen Lyrics and Music Videos

Innoncen Lyrics and Music Videos

Sedih .. ='(

Hye semua . Assalamualaikum . :')
Kita sedih lah hari ni . Tak tau kenapa . Tapi yang kita pasti , kita sedih sebab kakak kita .. Hmm , enth lah . Pada mata kita dia sangat perfect ! Dia cantik , comel , ayu , kurus . Kita sayang dia gila ! Memang untunglah jadi dia .. Dia pandai tarik perhatian orang walaupun dia tak buat pape . Dia sangat friendly . Dia sangat baik . Ramai orang suka rapat dengan dia . Kita ni , tak de siap pun yang pedulikan kita .. Kita rasa macam dipinggirkan pun ada . :') Haha .. Apalah kita ni . Hmm , memang untunglah siapa yang kahwin dengan dia . Memang sangat-sangat untung. Hmm , tu sebab kita sedih yang pertama . Sebab yang kedua ialah dia . Capital A . Awak saya rindu gila dengan awak . Tapi awk boleh buat tak tau ? Saya sedih awak . Sedih sangat . Hati sakit menanggung . Awak walaupun saya tau siapa diri saya . Walaupun saya tau awak tak pernah nak rindu saya . Hmm , tak pe lah . Sampai sini saja dahulu .
Bubbye , Assalamualaikum . =")

Saturday 25 May 2013

MY LIFE STORY


PROLOG


"Uwek !! Uwek !!" kedengaran suara tangisan bayi di bilik rawatan bayi ."Pak , ambil dong bayinya , aku jual sama kamu" seorang makcik berbangsa indonesia yang bernama Puan Zakiah ingin menjual bayinya kepada seorang lelaki . "Kenapa awak nak jual bayi ini ?" kata lelaki itu yang bernama Jeffrie. " Aku nggak mampu tuk menjaganya , tolong pak , beli anaknya , aku mahu balik ke negaraku kembali , aku mahu menolong keluargaku disana. Tolong aku ya pak?"makcik itu masih memujuk rayu Jeffrie."Ye kak , saya ambil bayi ini. " Jeffrie memberi jawapan yang menggembirakan hati makcik itu . Puan Zakiah Menitiskan air mata kegembiraan , dia mengucapkan banyak - banyak terima kasih kepada cik Jeffrie kerana telah membantunya . Jasa cik Jeffrie akan di kenang olehnya sampai bila - bila . 


Sunday 24 March 2013

Geram !!

Hye , Assalamualaikum semua !! 
         Nak tau tak kenapa tajuk entry kita kali ni GERAM .. Nak tau ? Betul ni ? Tapi sebelum tuh ... Cuba korang tengok atas belah kanan .. Eh , eh .. Tiba - tiba ada awan lah ... Hah ! Dalam tuh lah cerita saya .... 

                                                           ****** 

Hari sabtu yang lepas , saya dengan ibu pergi MALAM CINTA RASUL dekat dataran merdeka .. Siapa yang tengok TV Al - Hijrah tau lah .. Hmm , pastu , si Izwan ni , entah macam mana aku boleh ' tersangkut' dengan dia pun aku tak tau .. malam tu .. kitorang text .. Text kitorang bermula begini ...'awak dekat mana ni ? ' - dia
'saya dekat dataran merdeka .. ' - aku
'awak buat apa dekat sana ? '
'ada malam cinta rasul '
'buat apa awak pergi sana ? Membazir waktu je .. Lebih awak text dengan saya '

Dalam hati aku dah panas .. Tapi aku diam je ..

'erk ? '

' betul lah .. buat apa pergi sana ? Tak payah lah pergi '
'awak ni kenapa ? Tak baik tau halang orang buat kebaikan .. '
'bukan macam tu lah maksud saya .. Awakkan perempuan , orang perempuan kan jarang pergi tempat - tempat macam tu .. '
' so,awak nak cakap lah yang saya ni tak boleh nak pergi tempat tu ? '
' Ha'ah '
weyh mangkuk! Kau ni dah kenapa ? apa masalah kau sekarang ni ? Eeee .. Geram lak aku dengan kau ni ....

Ahad pagi punya text pulak ..

'Awak , semalam awak pergi MALAM CINTA RASUL tu ekk ?
' Ha'ah kenapa ? '
' Kenapa awak pergi tempat mengarut tuh ? Merepek je saya tengok .. Apa yang diorang buat atas pentas tu .. Tah pape tah '
' Awak ni kenapa sebenarnya ? Apa masalah awak ?! '
' Saya tak suka lah awak pergi tempat macam tu '

Apesal lah kau ni sengal sangat ? Aku pergi tempat yang bermanfaat , yang boleh dapat pahala .. Bukan nya aku pergi , disco , ke pub ke .. Cuba lah kau fikir sikit ... Lebih baik aku pergi tempat yang boleh dapat pahala dari , pergi tempat yang mendapat dosa ..

Betullah kata ustazah.. Semakin kita cuba nak dekat kan diri kita dengan Allah , Makin banyak dugaan yang datang ... Sabar nadia !! Hmm , adakah dia ni , salah satu ujian ,daripada Allah untuk aku ? Hmm , aku nak kene didik dia ? Hmm , aku okay je .. Cuma
yang bermasalah sekarang ni ialah kau !!! Kau sengaja pekakkan telinga , buta kan mata kau , keraskan hati kau .. Untuk dengar , untuk baca dan untuk terima apa yang aku cakap dekat kau . Tolong lah ... Aku bukan nak perli kau sebab tak pandai agama or apa .. Aku pun tak perfect .. Tapi insyAllah , aku boleh bimbing kau .. Tapi kalau nak jugak dengan perangai kau yang macam ni .. Aku tak tahu lah nak buat macam mana ...

Dekat bawah ni , ciri - ciri lelaki idaman aku , Kalau kau nak dekat aku , kau jadi lah macam ni .. Tapi aku tak nak kau berlakon means .. Depan aku kau buat baik , tapi belakang aku kau buat perangai . 

_
_
_
_
-
-
-
-
-
-
_

--
-
_
_
_
_
-
-
-
_
-
-

_
_
-
-

-
-
_
_

Adoih .. penat lah pulak .. kita rehat kejap ..
_
-
_
_
_
__
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
_

-
-
-
-
_

-
_
-
-
_
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
sikit je lagi .. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Okay dah sampai .. 

  • Yang beriman 
  • caring .. 
  • penyanyang 
  • Yang boleh bimbing saya ke arah jalan kebaikan 
  • penyabar
  • manja 
  • bertanggungjawab 
  • terima kelebihan dan kekurang saya 
  • sweet
  • jujur
  • Yang menyayangi saya sepenuh hatinya .. 


    Ni je lah kot .. Hmm , lagi satu .. Untunk pengetahuan awak .. Saya langsung tak sayang kan awak .. Awak langsung tak mendapat tempat dalam hati saya .. Dalam hati saya hanya ada .. 



  • Yang pertama sekali , mestilah DiA yang Esa .. Allah 
  • Yang kedua , semestinya Rasullah S.A.W 
  • Yang ketiga  , mestilah parents yang terchenta 
  • Yang keempat , adik - beradik , saudara mara .. And my lovely cousin .. 
  • Yang kelima.. Hmm , siapa lah agak nya kan ? Hmm , biarlah rahsia .. Haha .. Saya sayang awak ( yang kelima )  .. ****** .. =D


    p/s : Jangan di sebabkan cinta 'sejati' kita semakin hampir ke langkah penzinaan ..
    Jangan di sebabkan cinta 'sejati' a.k.a cinta monyet .. Kita ketepikan family kita , kawan - kawan kita ... Yang paling penting jangan ketepikan Allah .. Dalam segala hal .. Jangan ingat allah bila susah je ... Itulah .. Ujian dari Allah .. DIA nak tahu beryukur kah kita terhadap apa yang diberikan ? Renung - renung kan lah .
    .
    *nasihat untuk semua dan diri sendiri .. =DSampai sini je dulu .. Assalamualaikum dan bubbye .. =* 

Saturday 2 March 2013

TAK SANGKA !

Assalamualaikum ,

Nak tau tak ? Saya memang betul , betul dh jatuh cinta dah deengan si DIA tu .. Saya malu lah nak bagitau dia .. Saya ni tak macam orang lain .. Lagipun , dia dah makwe .. So , buat apa nak kacau dia kan ? Cukup lah saya pernah sekali je TERrosakkan hubunga orang .. Saya tak nak bende ni berlaku lagi . Saya sayang dia sangat - sangat .. Tapi tak tau lah dia sayang saya ke tidak .. Ye lah kan , siapa lah saya ni , untung di sayangi kan ..? Haha !!

By the way , awak .. Saya sayang awak sangat - sangat .. Bubbye .. Assalmualaikum .. =D 

Friday 1 March 2013

KEM ! =')

Assalamualaikum ,
Korang nak tau tak kenapa entry saya hari ni pasal KEM . Nak tau ? BEtul ni ? Macacam ni ceritanya
Hari jumaat haritu , abang - abang and kakak - kakak dari KUIS buat kem dekat asrama kita .. * bangga * Korang ada ? Hihi .. Hmm , kem ttu seronok sangat !! akak - akak fasi semuanya baik - baik , dah lah baik , comell pulak tu .. Ish , ish , ish .. Haha !
Diorang memang sporting ! Ada seorang akak ni , nama dia Arifah shuhaimi .. Kita minat dia .. Dia comel sangat ! Nak tau kenapa kita minat dia .. Nak tau ? Hmm , sebab kita dah anggap dia macam kakak kita sendiri .. Kita sayang dia sangat - sangat , tapi dia je yang tak tau .. * sedih * Kita nak mintak dia jadi kakak angkat kita .. Tapi ye lah kan .. Dia mana nak pandang kita .. Siapa lah kita ni kan .. * nangis * .. Bila kita pandang muka dia kita akan rasa tenang .. Tenang sangat .. Dia ada ciri - ciri seorang pemimpin .. Kita nak dia jadi kakak angkat kita sebab , kita tau dia boleh bimbing kita , boleh selalu nasihat kan kita ... Hurmmm ... Dia baik sangat ... Walaupun dia tak jadi kakak angkat kita , tak pe lah .. Kita tetap anggap dia macam kakak kita sendiri .. Kita selalu cerita masalah kita dekat dia .. Dia selalu bagi nasihat dekat kita . Dia selalu cakap , apa yang dia cakap tu kosong je semua tu .. Padahal , nasihat dia lah yang penuh , padat dan bermakna ..
Dia selalu cerita pasal kak insyirah .. Dia tak minat kak insyirah , dia just minat suara kak insyirah je .. Memang tak boleh nak dinafikan lagi , suara kak insyirah memang sedap ! Tapi .. Bila dia cakap pasal kak insyirah or kawan - kawan yang lain , mesti kita rasa jeles , kenapa ea ? Hurmm .....  Kita rasa , dia bosan chat dengan kita .. Ye lah .. Kita ni mana pandai bersembang .. * yeke ? Boleh caya ke ? * Haha ! Kita sebenarnya malu nak sembang dengan dia .. Ye lah kan .. Orang yang kita minat kot ! Hihi ..

Hari first kem tu , berjalan dengan lancar ( alhamdulillah ) .. Begitu juga , hari - hari berikut nya . Kem ni , best sangat ! Relax , tak macam kem - kem yang lain , asyik kene push je .. Hurmm .... Nak tau tak , abang - abang kat situ ramai yang comel !! Tapi satu pun kita tak terpikat .. Ada seorang abang ni , nama dia hadri .. Kitorang panggil dia abang ayi  a.k.a kakak ayi .. Nak tau kenapa kitorang panggil dia kakak ayi ? Sebab .. time nak buat gotong - royong tu , dia sorang je lelaki kat situ .. Abang - abang fasi yang lain takde dekat situ .. * maklumlah asrama perempuan * Dia comel ! manis orang . Dia ada lesung pipit . Dia ramai gila peminat ! Kita rapat lah jugak dengan dia .. Boleh - boleh lah .. Tapi kita tak nak rapat sangat dengan dia .. Nanti ade orang jeles pulak ! Haha !

Hurmm , sampai sini je lah kut !!
Bubbye ! Assalamualaikum .. =D
Hope you guys enjoy read my blog !
Thanks for read !
Haha ! * gila * 

Thursday 28 February 2013

SAKIT :')

ASSAMUALAIKUM ..
korang nak tau tak ? Saya sakit ! nak tau sakit apa ? Saya ada penyakit >>>>> tonser <<<<<  .. Kene buat opperation .. Saya takut sangat ! But .. Kak iefa and mirul selalu bagi semangat dekat saya .. Thanks korang ! Sayang korang ! Hmm , bila nak sembuh dari batuk yang sangat teruk dan selesema ini .. Hurmm ... Saya mesti kuat ! Ini semua ujian Allah ! :') 


Pray for me okay ?  Sampai sini je dulu .. Bubbye ! Assalamualaikum ! Love you guys ! * cium pipi * Hihi .. :* 

Saturday 16 February 2013

HAPPY !

Hye korang !! Assalamualaikum . =D
Nak tau something tak ? * teruja * . Haha !! Kita dapat kawan baru !!! Ramai !Tapi ada sorang tuh lelaki .. Kita suka sangat kawan dengan dia . Dia happening , caring , suka kacau kite .. Haha ! Kita tau dia punya CRUSH ! Huhu .. CRUSH dia lawa ... Tak macam kita nie apa yang ada , dah lah tak lawa , tak pandai pulak .. Ish , ish , ish .. Kita suka rapat dengan dia . Dia tak macam orang lain , dia lain . Ada sesetengah orang tu , too sentive , garang or else . But , dia tak pun .. Dia sederhana . Dia manja dengan kita .. =P Korang ada ? * muka berlagak * Haha ! 



Kitorang kenal dekat dalam satu group dekat facebook ni , mula - mula kenal macam tu je . Tapi lama - lama . HAH ! Amik kau ! Kitorang yang paling happening dalam group tuh and sampai orang lain pun jadi pening .. Haha ! Kitorang sealu balas - balas post , bukan balas - balas comment . =D Kitorang memang sweet gila ! Sampai ada orang salah tafsir kan kitorang punya hubungan . Haih .. Ada yang cakaap macam ni " sweet gile laki bini ni " , "sweet giler korang " , " korang ni tak penat ke balas - balas post ? Tapi korang ni sweet lah " .  Itulah antara post - post diorang pasal kitorang .. 


Lepas tu , kitorang selalu contact and text .. Dia kata suara kita ni comel .. Ada ke patut . ? Tau lah suara kita ni tak comel macam suara crush dia .. HAih .. =/ Dia selalu ambik berat pasal saya . Saya pun suka ambik berat pasal dia . Hubungan kitorang tak lebih daripada hubungan seorang kawan . =D Hari , saya dah nak kene balik asrama dah . =/ Dah tak boleh nak call dia lagi dah .. Ingat hari ni , before balik asrama , nak bergayut dengan puas - puas ! Haha ! Itu pun kalau dia okay lah . =/ Nanti mesti saya mesti rindu nak balas - balas post dengan dia . =/ Tapi  , saya yakin . Dia boleh cari pengganti saya untuk balas - balas post dengan dia . Haha ! :')  Sampai sini je dulu .. Bubbye !! Assalamualaikum . =D TI AMO AMICO AMIRUL ! =D 


Friday 15 February 2013

RAYA CINA !

 Hye ! Assalamualaikum =D

Haha ..  sorry late nak wish too yang menyambut tahun baru cina ! GONG CI FA CAI ! Hahaha .. * soory kalau salah eja * huhu . =D .. Hmm , korang pergi mana je ? Cerr kongsi sikit . Haha .. Hurmm , please pray for me okay ..

Too , forget about him ...

TO BE CONTINUE . =D 

Friday 1 February 2013

Hati ku Disakiti ='(

Hye .. Assalamualaikum ..
Hmm , nampak tak tajuk entry kita kalini ? HATI YANG DISAKITI .. Kenapa ? NAk tau ?? Hmm . .
Hmm , macam ni ceritanya .. Fiq is the guys .. Yang mendapat tempat kat hati saya ni .. Dia dah menceriakan hari - hari saya .. I love him so much !! Kitorang mula kenal dekat facebook .. Mula - mula kitaorang kenal as a friend .. But .. Ye lah kan . Ada perasaan antara kitorang .. Tak sampai seminngu kitorang break .
Sedih kot !!  Dia dah ada tunang !! Dia tipu kat saya !! I hate you !! But i still love you !! Hmm , tapi nak buat macam mana .. Dah kitorang di tak

dirkan untuk tak bersama . 


MUNGKIN SAMPAI DI SINI SAJA ..
KISAH , CINTA KITA BERDUA ..
PASTI , DI SUATA HARI NANTI ,
KU JEJAK BAHAGIA ..
KASIH AKU HANYALAH UNTUK MU ..
TIADA LAIN , DALAM DIRIKU ..
TAKKAN BERUBAH , WALAU DI PISAH LAUT BIRU ..
PERCAYALAH ..