JellyPages.com
Hai , Aina Here , Hope U All Enjoy Baca Blog Aina Yg Tak Seberapa , ENJOY !

Sunday 13 July 2014

Ketiga Menjadi Cinta 1

Sarah termenung sayu ditepi pantai. Angin laut yang begitu mendamaikan juga tidak mampu menenangkan hatinya yang begitu sedih. Dia tidak menyangka yang orang yang dia amat cintai akan membuat dia sedih sehingga begini.
 
 
 
Wan pergi meninggalkan sarah begitu saje. Tanpa ucapan selamat tinggal, tanpa pandangan terakhir, tanpa kata kata terakhir dari mulut jejaka itu. Sarah amat terkilan bila Wan buat macam tu . Dia merasakan yang dia tidak penting langsung dalam hidup Wan.
 
"hurmm" Sarah mengeluh berat. Air matanya bergenang. Sarah bangun lalu membetulkan baju kurungnya yang agak kedut gara gara terlalu lama. Sarah membawa langkah kakinya menuju ke pinggir pantai.. Sambil berjalan, dia memandang sekeliling dan memuji ciptaan-Nya yang serba sempurna. Angin laut menyapa lembut mukanya. Dia terasa nyaman sedikit berbanding tadi.. Dia beristighfar didalam hati.. Dia tidak sepatut menyalahkan Wan secara keseluruhan. Mungkin ada sebab mengapa Wan buat begitu. Sarah tersenyum sedikit..
 
 
Sarah melihat jam tangan yang terletak di tangan kirinyaa.. Hampir terkeluar matanya melihat jamnya pada saat ini. ' Ya Allah, aku tak solat asar lagi. Nak dekat pukul 6:30 petang dah ni. Astaghfirullahhalazim .. ' Sarah segera berlari  menuju ke rumah yang terletak tidak berapa jauh dari pantai .
 
' Maafkan aku ya Allah kerana sering lalai dalam mengerjakan ibadah pada-Mu' bisik hati kecil sarah .. Dia rasa sungguh berdosa pada waktu itu. Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke rumah nya..
 
............................................
 
 
 
 
"huhhhhh" Sarah terus mengeluh, hatinya tetap tidak tenang apabila memikirkan tentang Wan.Dia tersyum apabila terkenangkan cerita cinta antara dia dan wan .
 
"Hi sarah" kata wan yg secara tiba tiba menerpa sarah . Sarah terkjut dngn tindakan Wan.
 
 
"hoi ! bagi lah salam" bentak sarah secara  kasar .wan  hanya  tersyum melihat muka sarah yg comel tatkala marah .
 
 
"Hmm,sarah kalau awak jadi kekasih saya boleh?Saya harap kita boleh hidup selama-lamanya dan hanya mati yang akan memisahkan kita".kata-kata indah itu telah memukau hati sarah .
 
 
 "Hah!Ape anak dara buat malam malam atas pangkin ni hah".Dipulasnya telinga Sarah  oleh  CikTom  yang risau kerana ketiadaan anaknya di dalam rumah.
 
 "Auuu ! Sakit la mak! "Sarah tersentak dari lamunannya dek kerana dipulas telinganya oleh ibunya yang tercinta.
 
"Dah pergi masuk esok kamu nak pergi ke kolejkan? esokkan hari pendaftarannya lupa ?" Dengan perasaan  terkejut ,
 
 
"ya Allah mak, sarah lupalah.Okaylah mak nak kemas barang. tata" manja sarah memeluk ibunya lalu berlari anak memasuki rumah.Cik Tom hanya tersenyum melihat telatah anaknya yang sorang ini. 

No comments:

Post a Comment